•  

    Julai 2009
    I S R K J S A
    « Okt    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  

cerita raya..

beraya umah cikgu bersama kawan2 lama..
pakai baju samer2 utk raya ni..

pakai baju samer2 utk raya ni..

kisah dodol di malam raya...

kisah dodol di malam raya...

cerita remaja

alam’s story cerita yang di siarkan di 8tv pasal 5 orang budak lelaki yang ingin menjadi penari terkenal. budak budak ni datangnya dari salah sebuah daerah di johor iaitu muar. minggu lepas masa balik kampung untuk sambut 1st ramadhan aku tertengok citer ni. yang nak di jadikan cerita, aku begitu teruja bila tengok cerita ni yang menggunakan muar sebagai lokasi pengambaran. dalam cerita tu tempat yang di jadikan lokasi pengambaran( yang aku boleh teka la) antaranya di tanjung tempat diaorang selalu melepak dan berlatih menari, tempat rekreasi yang terletak bersebelahan dengan jambatan muar. masa cerita tu memang cantik dia shot tempat tu..angle yang dia ambik ada seninya la..

dari pengamatan aku cerita di 8tv yang aku suka tengok jalan cerita dia ialah KAMI & alam’s story..kenapa?..kedua dua cerita ni adalah cerita remaja yang mempunyai satu tujuan yang ingin dicapai..dalam cerita KAMI& alam’s story aku tertarik dengan jalan cerita dan bagaimana cerita tu diolah/ cara penyampaian cerita tu lah..setiap episod dalam KAMI ni kalau kita tengok ada kesinambungan..masa 1st time tengok cerita tu ingatkan dia repeat cerita semalam..rupanya memang macam tu stail penyampaiannya..as a broadcaster student aku dapat belajar macam ner style cerita..interesting coz director ni dapat produce cerita yang macam ni..

tapi cerita ni secara tak langsung mendedahkan bagaimana kehidupan remaja sekarang..kita bukanlah ambil perilaku @ perkara yang buruk tapi kita boleh tengok semangat remaja ni untuk mencapai matlamat @ impian mereka..selain itu semangat kawan yang saling bekerjasama yang ditonjolkan patut di teladani..

ahlan wasahlan ya Ramadhan Kareem

selamat menyambut bulan ramadhan..maafkan segala kekhilafanku,janji yang terabai, kata2 yang menyinggung dan hati& perasaan yang mungkin berprasangka..semoga kita dapat menghayati dan mendapat rahmatnya.. 

  • تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال

kawan a.k.a sahabat

 

welcome back

welcome back friends..teruskan perjuangan kita untuk menimba ilmu..

congratulation buat kawan2 yang dapat dean list untuk exam..kegigihan korang beri inspirasi pada ku untuk tersenarai dalam dean list jgk..

untuk freshie student kt usim- sesuaikanlah diri korang dengan alam yang baru di sini…timbalah sebanyak pengalaman di sini, moga nanti ada bekalan untuk korang bila keluar nanti..paling penting- dapatkan pointer yang baik…

untuk adik2 baru program komunikasi- kenal2 lah dengan warga komunikasi..from the lecture sampailah kepada kami2 ni di tahun 4, tahun 3 & tahun 2..bukanlah minta di hormati(kecuali pensyarah2- korang memang kena hormat mereka) tapi sekadar senyum bila bertemu sudah mencukupi…

sem ni ambil 5 subjec je..etika & protokol, teknik fotografi, produksi filem, perancangan komunikasi dan seminar penyiaran…

sem ni kena siapkan thesis..tajuk untuk thesis masih tak dapat difikirkan lagi…

keep up ur work friends..& me too..

think out of box…

5 minggu..

selamat maju jaya semua kawan-kawanku..harap-harap untuk latihan industri ni kita dapat belajar sesuatu yang baru..

w/pun 5 minggu je kita menjalani latihan praktikal ni harapnya apa yg kita dapat di tempat praktikal tu kita dapat manfaatkan..

untuk pengetahuan semua aku sedang membuat praktikal di Filem Negara Malaysia selama 5 minggu..masih baru untuk aku menilai tempat ni..apapun aku harap aku mendapat sesuatu yang bernilai di sini..

kita jumpa nanti..untuk kawan-kawan seperjuangan yang juga sedang praktikal di tempat2 yang berbeza aku doakan moga kita semua gembira dengan situasi tempat kita praktikal yer..yang baik kita ambil& yang buruk tu jadikan sempadan..

cinta seorang pemuda

saya suka sangat tengok jari- jemari teman wanita saya, cantik betul. sungguh! sampai saya takut nak pegang. bukan takut jari- jemarinya patah, tapi takut nanti jari- jemari kami tidak boleh saling bantu- membantu di satu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Esa!

saya suka sangat tengok rambutnya. cantik betul…sungguh! sebab itu saya belikan dia tudung. bukan sebab cemburu orang lain tengok, bukan! tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa tertutup macam dalam iklan dot..dot dot itu sampai bila- bila..takut nanti dibakar dek api neraka, di satu hari yang amat dahsyat di hadapan Yang Maha Pencipta.

saya suka sangat tengok body teman wanita saya..solid betul.sungguh! sebab tu saya belikan dia telekung supaya masa berdating dengan Kekasih dia Yang Utama, dia jaaaauh lebih cantik dan berseri menghadap-Nya. saya pun tumpang dapat pahala…syoknya!

saya sangat sedih bila tengok teman wanita saya tidak tidur, tidak makan sebab rindukan saya. saya pun macam itu juga. si dia tanya, ‘apa ubatnya bang?’ saya pun bagi dia al-Quran sebagai penenang jiwa..semoga dia cintakan-Nya lebih daripada saya.

saya sedih tengok dia selalu pesan macam- macam.” makan, minum, jaga diri, pandu kereta elok- elok…nanti awak sakit saya juga yang susah hati…bla bla bla”. tapi bila tengok wayang sama- sama, terlepas asar dan maghrib begitu saja, dia tidak kata satu apa pun. aduuuh….berdosanya saya!

saya memang sayang sangat pada dia. saya mahu jumpa dia, bersama dia. cinta yang abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat, dan dapat berdating di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selamanya- lamanya.

 

 

apa ada pada jari????

cuba perhatikan jari kita. luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. renung dalam- dalam, kewajipan solat 5 waktu jangan diabaikan.

kemudian lekapkan jari itu di atas meja. perhatikan…bermula dari jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan. naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. begitu juga dengan usia remaja. manisnya seperti jari yang comel mulus ini. apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. awas! di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. hanya iman dan takwa menunjuk jalan kebenaran.

naik ke jari ke tiga. jari yang paling tinggi. jari hantu namanya. zaman remaja ditinggalkan. alam dewasa kian menjengah. namun, anda mestilah berhati- hati kerana di kala ini banyak ‘hantu-hantu pengacau” yang datang menggoda. hanntu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati, dan 1000 macam hantu lagi. kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. justeru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

beralih kepada jari telunjuk. jari inilah yang mengungkap satu dan Esanya ALLAH SWT ketika solat. genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. gagahkan ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

akhir sekali renung ibu jari. ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan.tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsir pelbagai perkara. sekiranya petunjuk mereka anda patuhi nescaya anda boleh berkata ‘good’ atau ‘yes’  sambil menggengamsemua jari dan angkat ibu jari ke atas. itulah rahsia kejayaan.

12:53am/010408

hye..time ni & tarikh ni aku masih berada di kampus buat kerje yang tertunggak..caye tak..kitaorang ni tak tahu lagi keluar ni kena soal  &  tahan dengan pak guard ke tak..tu baru nak keluar gate USIM..belum gate kolej kediaman lg..

nak balik.. tapi fikir komputer sekarang tgh problem..belum di format2 lagi komputer tu..banyak virus & lembab..kesian kat komputer aku tu..aku tak rawat lagi..tak sempat nak bagi kat orang suruh formatkan..sabar je lah ye kau komputer..kau masih berguna pada aku..jasa kau sejak aku mula2 kenal USIM tak akan aku lupe kan..cewahh..

sebab tu lah aku masih berada di kampus ni lagi siapkan kerje..ramai lagi yang kat sini..ada yang editing drama.. wat qissah mutaffifin..animasi..diaorang nak balik lambat so aku rebut peluang yang ada ni untuk siapkan kerja yang ada kat sini..nasib baik esok boleh g lambat sikit..memang terkejar2 la..bukannya ada anjing yang kejar..tapi dikejar oleh waktu yang semakin suntuk..minggu depan ada launcing untuk dokumentari..minggu ni jer kebanyakan assingment akan di present & di submit kat lecturer..so memang padat..anyway inilah realiti student yang suka buat kerja………………………………