cuba perhatikan jari kita. luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. renung dalam- dalam, kewajipan solat 5 waktu jangan diabaikan.
kemudian lekapkan jari itu di atas meja. perhatikan…bermula dari jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan. naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. begitu juga dengan usia remaja. manisnya seperti jari yang comel mulus ini. apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. awas! di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. hanya iman dan takwa menunjuk jalan kebenaran.
naik ke jari ke tiga. jari yang paling tinggi. jari hantu namanya. zaman remaja ditinggalkan. alam dewasa kian menjengah. namun, anda mestilah berhati- hati kerana di kala ini banyak ‘hantu-hantu pengacau” yang datang menggoda. hanntu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati, dan 1000 macam hantu lagi. kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. justeru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.
beralih kepada jari telunjuk. jari inilah yang mengungkap satu dan Esanya ALLAH SWT ketika solat. genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. gagahkan ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.
akhir sekali renung ibu jari. ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan.tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsir pelbagai perkara. sekiranya petunjuk mereka anda patuhi nescaya anda boleh berkata ‘good’ atau ‘yes’ sambil menggengamsemua jari dan angkat ibu jari ke atas. itulah rahsia kejayaan.
Difailkan dalam: secebis renungan